jaga D.I.R.I

wahai gadis-gadis sunti semua, mari kita sama-sama jaga diri kita, jaga martabat dan jaga maruah kita ibarat 'permata' yang amat berharga. mengapa harus merendahkan diri sendiri pada pandangan lelaki-lelaki di luar sana. tanpa kita sedari, kekadang kita sendiri yang menzalimi diri kita bukannya orang lain. kenapa? tengoklah dari segi pemakaian kita. jika kita sedar betapa berharganya diri kita, maka tubuh kita harus ditutup secara sempurna. bila sampai masa nya yang berhak sahaja yang mampu melihatnya. bukan begitu? saya juga tidak sempurna, tapi lebih baik mencuba untuk berubah ke arah yang lebih baik daripada terus berada dalam kebodohan. kenapa harus disebut soal 'kebodohan'? mengapa tidak! sudah tahu perintah Allah menyuruh kita menutup aurat, jadi kenapa masih dibuka dan memakai pakaian tidak cukup kain. mahu dikata tidak berduit untuk membeli baju yang lebih 'cukup kainnya' tidak juga, rupanya anak orang berada. sila renung-renungkan.. mari kita mengubah cara pemakaian kita bersama. saya juga sedang berubah, step by step. memang berubah itu tidak mudah, bahkan banyak sekali halangannya, tapi istiqamah la dalam perubahan demi mencari jannah Allah.
jaga H.A.T.I
Allah itu pemilik hati kita. tapi, kita juga harus menjaga hati kita. kenapa perlu dijaga? untuk menjaga hak insan yang HALAL. jangan biarkan hati kita jatuh kepada individu yang belum pasti akan menjadi isteri atau suami kita. buat apa berkasih dan mencurahkan sayang pada mereka sedangkan nanti yang menjadi isteri atau suami bukan mereka tapi orang lain. jika saya, saya kasihan dengan bakal imam solat-solat saya, kerana sebelum dinikahinya saya sudah menduakan nya dengan lelaki lain. ya, saya ini juga manusia biasa yang pastinya pernah khilaf saudara saudari, pernah membiarkan hati ini dihuni oleh lelaki yang kononnya bergelar 'kekasih' tapi itu dulu. sekarang hanya menyimpan hati ini untuk bakal imam saya. sesungguhnya Allah pemilik hatiku.jaga P.E.R.C.A.K.A.P.A.N

ingat guna hakk berfikir sebelum hak untuk bersuara. kenapa? dah memang lumrah kan kita ini manusia biasa. pastinya terlalu banyak perkara yang hendak diperkatakan dalam satu masa. oleh itu, pentingnya berfikir sebelum mengeluarkan kata. jangan sampai kata yang terucap menyebabkan satu dosa tercatat di bahu kiri. jika berkata-kata bukan untuk menyakitkan hati orang lain tapi untuk menyampaikan dakwah. bercakap bukan untuk sekadar mencanang hal peribadi orang lain tapi untuk memuji keindahan ciptaan Allah. Sekali kita sudah mengeluarkan kata-kata, ia tidak boleh ditarik semula. yang tersinggung tetap tersinggung, yang terhiris hatinya tetap terhiris. maka berhati-hati. saya berpendapat, apa yang kita ucapakan mengambarkan keperibadian kita. jika buruk cara percakapan maka buruklah perangainya. tapi jika indah tuturan katanya maka cantik lah peribadinya. mari sama-sama kita ubah cara bercakap kita kawan-kawan.
jaga P.E.R.L.A.K.U.A.N
macam mana rapat pun kita dengan kawan yang berlainan jantina dengan kita, yang haram tetap haram. kena tetap jaga batas-batas. tidak bolehlah bertepuk-tampar, mencuit atau pegang-pegang, dosa tetap tercatat sebab dah memang hukum perempuan & lelaki yang bukan mahram tidak boleh bersentuhan. jadi jaga perlakuan anda, jaga hak rakan anda.saya hanya ingin berkongsi pendapat, jika ada yang kurang senang, sila tegur & berikan nasihat anda. saya ini masih cuba belajar berubah dan akan terus mencuba. mohon doa kalian.
saya yang sentiasa khilaf -assalamualaikum-