kadang kata-kata tidak cukup untuk menggambarkan sesuatu. guna dan susunlah berjuta ayat sekalipun, jika anda tidak berniat untuk menceritakan kebenaran, maka tersimpanlah kebenaran itu. tapi, kadang pula dengan hanya diam cukup menjelaskan kebenaran. kebenaran itu akan terpancar pada memek muka dan gerak tubuh. tidak perlu bersusah payah mengatur ayat puitis untuk mengagumkan orang lain, tetapi mereka sudah dapat memahami kebenaran yang anda ingin sampaikan.
cukup pantang bagi aku, jika kata-kataku diperlekehkan. juga diamku dijadikan mainan. aku berkata-kata kerana tidak tahan melihat kebohongan yang disampaikan. diamku juga tidak bererti aku menyokong pembohongan itu. aku diam dengan bermakna. aku diam kerana ingin memberi kamu tanda halus tentang kebohongan itu. 'hipokrik dan egonya'. kesabaran juga ada tahapnya. jangan sampai bicaraku mengguris hati dan perilaku ku dilihat sebagai 'kurang ajar'. bukan niat, tapi semuanya ada batasnya. aku ini manusia, sejauh mana aku cuba untuk berubah tapi aku masih punya perasaan. boleh marah, boleh sedih dan boleh ketawa.
tapi kini, lebih baik diam. bimbang jika tekad untuk bersuara, aku mengeluarkan kata-kata bisa yang boleh menjatuhkan maruah. aku bukan cuba untuk berlakon dan menunjuk kebaikan tentang diri sendiri, aku ada nilai baik yang tersendiri tapi juga ada tahap keburukan yang tersendiri. daripada mengeluarkan kata-kata yang boleh mendatangkan dosa dan aib buat diri sendiri, lebih baik aku diam, kerana diam juga boleh menyampaikan mesej tersendiri.
bersabarlah. Allah sedang menguji anda & saya. pembohongan di dunia seolah-olah bukan isu besar. berselerak golongan hipokrik. tidak mengapa! jadilah diri sendiri. biar mereka terus hidup dalam kepuraan tapi anda & saya bahagia serta derita dalam kejujuran.
*maaf jika anda yang membaca tidak memahami maksud tulisan saya kerana tidak semua yang nyata menjelaskan yang dimaksud* assalamualaikum
0 comments:
Post a Comment